Thursday, 23 November 2017

SAJAK TETAMU SENJA


TETAMU SENJA : KARYA A. SAMAD SAID

Kita ini tetamu senja
Kita datang ini
Kosong tangan, kosong dada

Bila cukup detik
Kembalilah kita kepada-Nya
Bila pulang nanti
Bawa dosa, bawa pahala

Kita ini tetamu senja
Kita datang ini 
Satu roh, satu jasad

Bila pulang sekali
Bawalah bakti padat berkat

SELAMAT TINGGAL (H.B MAHMUD)

  Mengisahkan tentang Abdul yang terpaksa berkhidmat di Bandaraya Nottingham selama di bulan sebagai seorang penyelidik. Beliau terpaksa meninggalkan isteri serta anak-anaknya yang masih kecil di Malaysia, ini menyebabkan beliau sering merindui mereka semua. Walaupun cuaca di London yang dingin namun itu tidak meluputkan ingatan Abdul terhadap tanah airnya sendiri.Abdul telah menyewa rumah tumpangan yang dimiliki oleh sorang ibu tunggal, Mrs Jane bersama dengan anaknya iaitu Evon. Walaupun berbeza agama dan budaya Mrs jane sangat menghormati agama islam yang dianuti oleh Abdul. Pada setiap pagi beliau akan mengejutkan Abdul untuk solat subuh dan menyediakan makanan dari sumber yang halal. Perkara ini telah dinyatakan oleh Abdul, tetapi Mrs Jane menyatakan sudah menjadi tugasnya sebagai tuan rumah untuk melayan tetamu dengan sebaik yang mungkin. 

  Tetapi tidak menjadi keselesaan pada Abdul apabila anak tuan rumahnya yang sering cuba untuk menggodanya. Abdul merasakan itu sesuatu yang tidak manis dan harus menjaga air muka isterinya yang berada di Malaysia. Abdul telah bertekad untuk berpindah rumah walaupun dihalang oleh Mrs Jane, demi untuk memastikan perkara yang tidak diingini daripada berlaku. Malangnya, di rumah baru yang diduduki beliau nasib sama juga menimpa beliau dimana tuan rumah merupakan seorang janda yang telah kematian suami. Pada suatu petang, Abdul telah pergi ke Pejabat Telekom untuk menghubungi keluarganya di Malaysia. Dalam perbualan tersebut isterinya telah menyatakan bahawa Azah yang merupakan sahabat baiknya telah nazak. Tanpa berfikir panjang, Abdul telah menelefon pihak universiti untuk pulang awal ke Malaysia kerana penyelidikannya telah selesai. Abdul merupakan sahabat sejati yang sangat risau akan kesihatan kawannya itu. 


Thursday, 16 November 2017

PANTUN AMALAN MEMBACA BUKU


SEMBANG SASTERA

KREATIVITI AZIZI HJ. ABDULLAH


  Penulis menceritakan tentang sensitiviti dan kreativiti Azizi Hj. Abdullah dalam penulisan karya beliau lalu dijelmakan sama ada dalam bentuk puisi, esei kritikan, cerpen, drama mahupun novel. Sebagai sasterawan prolifik, beliau boleh dikatakan amat berjaya mempamerkan corak perubahan masyarakatnya mengikut peredaran zaman menerusi karya-karya kreatifnya. Lantaran itu beliau berkarya hampir lima dekaf. Jelas, satu jangka masa yang cukup panjang itu bukan sahaja membolehkan beliau menjadi saksi perubahan zaman malah memantankan beliau sebagai seorang pengarang kerana setiap dekad mempunyai corak peristiwa dan cerita tersendiri.

  Beliau sering menggunakan orang sekeliling seperti keluarga dan masyarakat dalam penulisan karya beliau. Secara tidak langsung, beliau sebenarnya telah memanifestasikan perubahan demi perubahan yang berlaku dalam masyarakat menerusi karya kreatifnya dari semasa ke semasa. Tambahan pula, dalam penghasilan blog penulis menggunakan bahasa yang terlalu tinggi sehingga menyukarkan pembaca untuk memahami apa yang hendak dismapaikan. Oleh itu, penulis perlu menggunakan bahasa yang sesuai untuk semua lapisan masyarakat bagi memahami hasil karya Azizi Hj. Abdullah.

  Akhir sekali, kami ingin mengkritik tentang corak blog ini yang terlampau ringkas serta tidak dapat menarik perhatian para pembaca. Pada pendapat kami, penulis harus memasukkan audio visual yang bersesuaian dan menarik supaya pembaca dapat menghayati apabila membaca karya di  blog tersebut.


NISAH HARON ONLINE


SIAPA NISAH HARON ?



  Penulis Nisah Haron menceritakan latar belakang tentang kerjayanya dalam bidang peguam sebelum menceburui dalam bidang penulisan. Beliau sanggup meninggalkan kerjayanya dalam bidang peguam semata-mata kerana mempunyai minat yang sangat mendalam dalam bidang penulisan. justeru itu, sifat yang ada pada dirinya itu harus disanjung tinggi kerana beliau sanggup mengambil keputusan yang mengubah kehidupannya dan jarang masyarakat sanggup melakukukannya. Beliau sangat berani membuat keputusan ini kerana percaya bahawa rezeki yang diperoleh ini bukan ditentukan oleh kejayaan yang dimilikkinya. Selain itu, berkaitan karya-karya beliau kami dapati penggunaan bahasa yang disampaikan sangat mudah difahami dan sesuai dibaca oleh oleh semua lapisan masyarakat dan beliau menggunakan bahasa-bahasa yang indahdalam penulisannya.

  Tetapi terdapat beberapa kekurangan sehingga mendatangkan ketidakpuasan kepada pembaca kerana latar belakang blog beliau yang kelihatan tidak bersesuaian dengan artikel-artikel yang ditulis oleh beliau dan ini menyebabkan penulisan beliau dalam sesebuah karya kelihatan ringkas dan tidak menarik perhatian para pembaca. Oleh itu, pada pendapat kami beliau seharusnya memasukkan unsur-unsur multimedia seperti grafik atau animasi yang kreatif untuk penambahbaikan dalam penghasilan blog beliau.