✿BUNGA SASTERA✿
ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA. BLOG INI DIHASILKAN UNTUK MEMENUHI KERJA KURSUS YANG DITUGASKAN KEPADA PELAJAR YANG MENGAMBIL MATA PELAJARAN E-SASTERA (JIX2002) DARI AKADEMI PENGAJIAN MELAYU, UNIVERSITI MALAYA. BLOG INI DIMUATKAN DENGAN PELBAGAI BAHAN DAN ULASAN SASTERA DAN AKAN MEMBERIKAN MANFAAT KEPADA PEMBACA♥
Thursday, 7 December 2017
KELUARGA ?
Cerpen “ Jerat Sudah Mengena “ merupakan sebuah cerita pendek yang ditulis oleh Azizi Hj. Abdullah.
Cerpen ini mengisahkan sebuah keluarga yang hidup dalam kesederhanaan. Tacen, ketua keluarga yang menyara kehidupan keluarganya dengan hasil tangkapan menjerat binatang hutan untuk dijual. Hasil wang itu lah yang digunakan bagi menyara isteri dan anak- anaknya. Isterinya pernah menyuruhnya mencari pekerjaan lain namun tidak diendahkannya.
Pada suatu hari, Tacen mengajak anaknya, Badon pergi memasang jerat di tengah hutan. Tacen telah mengajar Badon cara- cara memasang jerat, mencari tempat sesuai seperti denai untuk memasang jerat, menunjukkan bagaimana binatang itu masuk jeratnya tergantung dan terjerat kaki dan sebagainya. Hari itu, Badon yang belum mengerti itu juga belajar sedikit sebanyak. Bapanya meminta tolong Badon memegang rotan untuk dilentur. Tiba – tiba Badon terlepas rotan itu dan terkena mata bapanya. Dalam kesakitan bapanya memarahinya dan Badon memimpin bapanya hendak bawa pulang ke rumah. Di dalam hutan tersebut terlalu banyak jerat yang dibuat bapanya yang dia tidak tahu di mana. Dia tidak hiraukan segala jerat itu. Dalam hatinya tekad ingin membawa bapanya pulang ke rumah.
Tiba- tiba, Badon telah terkena jerat bapanya. Kakinya terjerut, kepalanya tertunggang ke atas. Badon menjerit meminta tolong bapanya. Tacen tidak tahu untuk berbuat apa kerana tidak boleh melihat dan mencari anaknya. Dia hanya mampu menjerit sekuat hati untuk meminta tolong. Namun, tiada sesiapa yang mendengar. Kesayangan pada anak mengatasi segala- galanya. Akhir sekali, Tacen mendapat satu akal. Biarlah sakitnya menekan- nekan, biarlah darahnya membuak – buak. Anaknya mesti diselamatkan. Dengan amat payah, dia meraba- raba dimana tunjang jeratnya yang dipacak kukuh itu. Dan bila sudah didapatinya, dia menetak dengan kuat sehingga rotan sebesar ibu jari itu putus lalu jatuhlah Badon ke tanah. Dia mendakap Badon dengan penuh kasih sayang, dia memeluk Badon dengan eratnya dan bertekad untuk bawa Badon ke rumah walaupun matanya tidak dapat melihat kerana luka.
Cerpen ini banyak memberi pengajaran dan tauladan kepada kita dengan memaparkan kisah tentang kasih sayang antara satu sama lain dalam sebuah keluarga iaitu kasih isteri terhadap suami, kasih ayah terhadap anak dan begitulah sebaliknya. Dalam sesebuah keluarga, kita haruslah menjaga hubungan yang baik dan berusaha untuk mengeratkan silaturrahim walaupun kadang- kadang mempunyai masalah sesama sendiri. Hal ini demikian kerana air yang dicincang tidak akan putus.
Albert Park ?
Albert
Park
Albert Park,
tasikmu yang membiru
saat salju menggigit tubuhku
masihkah kau ingat
aku berlari di dadamu
sambil mengejar
sisa-sisa maghrib
untuk mencari waktu
menemui Tuhan yang satu
Ulasan :
Albert Park merupakan sebuah tasik di luar negara.
Penyair mengimbau kembali kenangannya ketika di tasik tersebut. Tasik yang biru
warna airnya ditambah pula sejuk yang dirasakan penyair ketika itu. Dia
bermonolog bersendirian ketika itu dia
sedang berlari dengan laju kerana risau akan waktu maghrib yang kian sampai
penghujung waktu dalam menunaikan tanggungjawabnya kepada Pencipta.
E-PUISI
Buku Puisi
Orang Bertujuh
Album
Selalu benar aku menatap album kelabu itu bersamamu
dan mengasingkan sepercik debu yang melekat
di kulitnya. Tetapi pernahkah kau terfikir lain
di dalamnya dan sebuah kisah aneh
tentang kenangan ? Aku kemudian memetik kembali
kenangan itu seperti seorang gadis sunti memetik
Namun tanganku tiba-tiba
Tertusuk duri dan berpercikan darah.
Ulasan :
Penyair menyatakan bahawa dia seringkali melihat
album yang berwarna kelabu bersama seseorang. Kulit album yang penuh kotoran
debu itu beliau bersihkan. Secara tidak langsung beliau terfikir sesuatu hal
yang pada album tersebut. Beliau berasa isi dalam album tersebut mengambarkan
cerita aneh berkaitan kenangan yang diabadikan dalam album tersebut. Penyair
cuba memetik seperti dalam kenangan tersebut serupa seorang gadis yang masih
dara. Secara tiba-tiba, tangan penyair terkena duri dan darah memancut keluar.
Wednesday, 6 December 2017
KRITIKAN SASTERA
Judul : Anak-anak yang
bergelimpangan
Kegiatan sastera
memberikan pelbagai fungsi kepada pembacanya. Fungsi yang boleh dilihat pada
kritikan sastera adalah kritikan sastera sebagai penyumbang pengetahuan. Selain
itu, kritikan sastera juga memberikan maklumat dan menerangkan isi sastera
kepada pembaca.
Berdasarkan cerpen
‘anak-anak yang bergelimpangan’ , terdapat beberapa kritikan sastera dapat dilihat.
Kritikan yang pertama adalah tanggungjawab terhadap sumber semulajadi. Pada
masa kini, sumber alam kita banyak dimusnahkan oleh manusia-manusia yang tidak
berperikemanusiaan. Dalam cerpen ini, dapat dilihat bahawa penulis mengkritik
masyarakat pada masa kini dengan menggunakan perbuatan Pak Kasa, Mat Dali dan
Awang Cik Leh yang ingin meracun sungai untuk mematikan ikan. Jadi mereka dapat
mengaut keuntungan yang lumayan. Berdasarkan daripada perisiwa itu, penulis
mengkritik bahawa masyarakat kita tidak mementingkan alam semulajadi dan rela
untuk memperlakukan apa sahaja demi wang. Situasi ini juga dapat dilihat pada
masa kini apabila pembalak sanggup menebang kayu balak secara haram walaupun
salah di sisi undang-undang.
Kritikan sastera
seterusnya yang dapat dilihat pada cerpen ini adalah setiap perbutan jahat di
dunia pasti akan mendapat pembalasannya. Kita sebagai makhluk di muka bumi
Allah ini haruslah beringat bahawa setiap perkara yang kita lakukan pasti akan
ada pembalasannya sama ada baik mahupun tidak baik. Berdasarkan cerpen ini,
penulis ingin memberikan krtitikan kepada masyarakat kini bahawa kita
seharusnya beringat segala perbuatan kita. Hal ini kerana pelbagai permasalahan
yang telah timbul akibat daripada perbuatan manusia. Sebagai contoh, perbuatan Pak
Kasa, Mat Dali dan Awang Cik Leh yang menuba air sungai telah menyebabkan anaknya
keracunan. Berdasarkan peristiwa tersebut, dapat dikritik bahawa setiap
perbuatan jahat yang dilakukan pasti aka nada pembalasannya.
Berdasarkan kritikan
sastera di atas, dapat dilihat bahawa seseorang penulis itu pasti akan
mengarang karya sastera berdasarkan situasi yang memberikan gambaran masyarakat
sama ada sifatnya, perbuatannya dan banyak lagi. Kritikan sastera turut
membolehkan pembaca untuk turut membincangkan aspek-aspek kritikan dalam
sesebuah karya sastera.
Thursday, 23 November 2017
SAJAK TETAMU SENJA
TETAMU SENJA : KARYA A. SAMAD SAID
Kita ini tetamu senja
Kita datang ini
Kosong tangan, kosong dada
Bila cukup detik
Kembalilah kita kepada-Nya
Bila pulang nanti
Bawa dosa, bawa pahala
Kita ini tetamu senja
Kita datang ini
Satu roh, satu jasad
Bila pulang sekali
Bawalah bakti padat berkat
SELAMAT TINGGAL (H.B MAHMUD)
Mengisahkan tentang Abdul
yang terpaksa berkhidmat di Bandaraya Nottingham selama di bulan sebagai
seorang penyelidik. Beliau terpaksa meninggalkan isteri serta anak-anaknya yang
masih kecil di Malaysia, ini menyebabkan beliau sering merindui mereka semua.
Walaupun cuaca di London yang dingin namun itu tidak meluputkan ingatan Abdul
terhadap tanah airnya sendiri.Abdul telah menyewa rumah tumpangan yang dimiliki
oleh sorang ibu tunggal, Mrs Jane bersama dengan anaknya iaitu Evon. Walaupun
berbeza agama dan budaya Mrs jane sangat menghormati agama islam yang dianuti
oleh Abdul. Pada setiap pagi beliau akan mengejutkan Abdul untuk solat subuh
dan menyediakan makanan dari sumber yang halal. Perkara ini telah dinyatakan
oleh Abdul, tetapi Mrs Jane menyatakan sudah menjadi tugasnya sebagai tuan
rumah untuk melayan tetamu dengan sebaik yang mungkin.
Tetapi tidak menjadi
keselesaan pada Abdul apabila anak tuan rumahnya yang sering cuba untuk
menggodanya. Abdul merasakan itu sesuatu yang tidak manis dan harus menjaga air
muka isterinya yang berada di Malaysia. Abdul telah bertekad untuk berpindah
rumah walaupun dihalang oleh Mrs Jane, demi untuk memastikan perkara yang tidak
diingini daripada berlaku. Malangnya, di rumah baru yang diduduki beliau nasib
sama juga menimpa beliau dimana tuan rumah merupakan seorang janda yang telah
kematian suami. Pada suatu petang, Abdul telah pergi ke Pejabat Telekom untuk
menghubungi keluarganya di Malaysia. Dalam perbualan tersebut isterinya telah menyatakan
bahawa Azah yang merupakan sahabat baiknya telah nazak. Tanpa berfikir panjang,
Abdul telah menelefon pihak universiti untuk pulang awal ke Malaysia kerana
penyelidikannya telah selesai. Abdul merupakan sahabat sejati yang sangat risau
akan kesihatan kawannya itu.
Thursday, 16 November 2017
SEMBANG SASTERA
KREATIVITI AZIZI HJ. ABDULLAH
Penulis menceritakan tentang sensitiviti dan kreativiti Azizi Hj. Abdullah dalam penulisan karya beliau lalu dijelmakan sama ada dalam bentuk puisi, esei kritikan, cerpen, drama mahupun novel. Sebagai sasterawan prolifik, beliau boleh dikatakan amat berjaya mempamerkan corak perubahan masyarakatnya mengikut peredaran zaman menerusi karya-karya kreatifnya. Lantaran itu beliau berkarya hampir lima dekaf. Jelas, satu jangka masa yang cukup panjang itu bukan sahaja membolehkan beliau menjadi saksi perubahan zaman malah memantankan beliau sebagai seorang pengarang kerana setiap dekad mempunyai corak peristiwa dan cerita tersendiri.
Beliau sering menggunakan orang sekeliling seperti keluarga dan masyarakat dalam penulisan karya beliau. Secara tidak langsung, beliau sebenarnya telah memanifestasikan perubahan demi perubahan yang berlaku dalam masyarakat menerusi karya kreatifnya dari semasa ke semasa. Tambahan pula, dalam penghasilan blog penulis menggunakan bahasa yang terlalu tinggi sehingga menyukarkan pembaca untuk memahami apa yang hendak dismapaikan. Oleh itu, penulis perlu menggunakan bahasa yang sesuai untuk semua lapisan masyarakat bagi memahami hasil karya Azizi Hj. Abdullah.
Akhir sekali, kami ingin mengkritik tentang corak blog ini yang terlampau ringkas serta tidak dapat menarik perhatian para pembaca. Pada pendapat kami, penulis harus memasukkan audio visual yang bersesuaian dan menarik supaya pembaca dapat menghayati apabila membaca karya di blog tersebut.
NISAH HARON ONLINE
SIAPA NISAH HARON ?
Penulis Nisah Haron menceritakan latar belakang tentang kerjayanya dalam bidang peguam sebelum menceburui dalam bidang penulisan. Beliau sanggup meninggalkan kerjayanya dalam bidang peguam semata-mata kerana mempunyai minat yang sangat mendalam dalam bidang penulisan. justeru itu, sifat yang ada pada dirinya itu harus disanjung tinggi kerana beliau sanggup mengambil keputusan yang mengubah kehidupannya dan jarang masyarakat sanggup melakukukannya. Beliau sangat berani membuat keputusan ini kerana percaya bahawa rezeki yang diperoleh ini bukan ditentukan oleh kejayaan yang dimilikkinya. Selain itu, berkaitan karya-karya beliau kami dapati penggunaan bahasa yang disampaikan sangat mudah difahami dan sesuai dibaca oleh oleh semua lapisan masyarakat dan beliau menggunakan bahasa-bahasa yang indahdalam penulisannya.
Tetapi terdapat beberapa kekurangan sehingga mendatangkan ketidakpuasan kepada pembaca kerana latar belakang blog beliau yang kelihatan tidak bersesuaian dengan artikel-artikel yang ditulis oleh beliau dan ini menyebabkan penulisan beliau dalam sesebuah karya kelihatan ringkas dan tidak menarik perhatian para pembaca. Oleh itu, pada pendapat kami beliau seharusnya memasukkan unsur-unsur multimedia seperti grafik atau animasi yang kreatif untuk penambahbaikan dalam penghasilan blog beliau.
Subscribe to:
Posts (Atom)