Judul : Anak-anak yang
bergelimpangan
Kegiatan sastera
memberikan pelbagai fungsi kepada pembacanya. Fungsi yang boleh dilihat pada
kritikan sastera adalah kritikan sastera sebagai penyumbang pengetahuan. Selain
itu, kritikan sastera juga memberikan maklumat dan menerangkan isi sastera
kepada pembaca.
Berdasarkan cerpen
‘anak-anak yang bergelimpangan’ , terdapat beberapa kritikan sastera dapat dilihat.
Kritikan yang pertama adalah tanggungjawab terhadap sumber semulajadi. Pada
masa kini, sumber alam kita banyak dimusnahkan oleh manusia-manusia yang tidak
berperikemanusiaan. Dalam cerpen ini, dapat dilihat bahawa penulis mengkritik
masyarakat pada masa kini dengan menggunakan perbuatan Pak Kasa, Mat Dali dan
Awang Cik Leh yang ingin meracun sungai untuk mematikan ikan. Jadi mereka dapat
mengaut keuntungan yang lumayan. Berdasarkan daripada perisiwa itu, penulis
mengkritik bahawa masyarakat kita tidak mementingkan alam semulajadi dan rela
untuk memperlakukan apa sahaja demi wang. Situasi ini juga dapat dilihat pada
masa kini apabila pembalak sanggup menebang kayu balak secara haram walaupun
salah di sisi undang-undang.
Kritikan sastera
seterusnya yang dapat dilihat pada cerpen ini adalah setiap perbutan jahat di
dunia pasti akan mendapat pembalasannya. Kita sebagai makhluk di muka bumi
Allah ini haruslah beringat bahawa setiap perkara yang kita lakukan pasti akan
ada pembalasannya sama ada baik mahupun tidak baik. Berdasarkan cerpen ini,
penulis ingin memberikan krtitikan kepada masyarakat kini bahawa kita
seharusnya beringat segala perbuatan kita. Hal ini kerana pelbagai permasalahan
yang telah timbul akibat daripada perbuatan manusia. Sebagai contoh, perbuatan Pak
Kasa, Mat Dali dan Awang Cik Leh yang menuba air sungai telah menyebabkan anaknya
keracunan. Berdasarkan peristiwa tersebut, dapat dikritik bahawa setiap
perbuatan jahat yang dilakukan pasti aka nada pembalasannya.
Berdasarkan kritikan
sastera di atas, dapat dilihat bahawa seseorang penulis itu pasti akan
mengarang karya sastera berdasarkan situasi yang memberikan gambaran masyarakat
sama ada sifatnya, perbuatannya dan banyak lagi. Kritikan sastera turut
membolehkan pembaca untuk turut membincangkan aspek-aspek kritikan dalam
sesebuah karya sastera.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana melayari blog kami dan memberi pandangan.
♥ ♡ ♥ ♡ ♥ ♡ ♥ ♡ ♥ ♡ ♥ ♡