Thursday, 7 December 2017


KELUARGA ?

Cerpen “ Jerat Sudah Mengena “ merupakan sebuah cerita pendek yang ditulis oleh Azizi Hj. Abdullah.

     Cerpen ini mengisahkan sebuah keluarga yang hidup dalam kesederhanaan. Tacen, ketua keluarga yang menyara kehidupan keluarganya dengan hasil tangkapan menjerat binatang hutan untuk dijual. Hasil wang itu lah yang digunakan bagi menyara isteri dan anak- anaknya. Isterinya pernah menyuruhnya mencari pekerjaan lain namun tidak diendahkannya.

      Pada suatu hari, Tacen mengajak anaknya, Badon pergi  memasang jerat di tengah hutan. Tacen telah mengajar Badon cara- cara memasang jerat, mencari tempat sesuai seperti denai untuk memasang jerat, menunjukkan bagaimana binatang itu masuk jeratnya  tergantung dan terjerat kaki dan sebagainya. Hari itu, Badon yang belum mengerti itu juga belajar sedikit sebanyak. Bapanya meminta tolong Badon memegang rotan untuk dilentur. Tiba – tiba Badon terlepas rotan itu dan terkena mata  bapanya. Dalam kesakitan bapanya memarahinya dan Badon memimpin bapanya hendak bawa pulang ke rumah. Di dalam hutan tersebut terlalu banyak jerat yang dibuat bapanya yang dia tidak tahu di mana. Dia tidak hiraukan segala jerat itu. Dalam hatinya tekad ingin membawa bapanya pulang ke rumah.

     Tiba- tiba, Badon telah terkena jerat bapanya. Kakinya terjerut, kepalanya tertunggang ke atas. Badon menjerit meminta tolong bapanya. Tacen tidak tahu untuk berbuat apa kerana tidak boleh melihat dan mencari anaknya. Dia hanya mampu menjerit sekuat hati untuk  meminta tolong. Namun, tiada sesiapa yang mendengar. Kesayangan pada anak mengatasi segala- galanya. Akhir sekali, Tacen mendapat satu akal. Biarlah sakitnya menekan- nekan, biarlah darahnya membuak – buak. Anaknya mesti diselamatkan. Dengan amat payah, dia meraba- raba dimana tunjang jeratnya yang dipacak kukuh itu. Dan bila sudah didapatinya, dia menetak dengan kuat sehingga rotan sebesar ibu jari itu putus lalu jatuhlah Badon ke tanah. Dia mendakap Badon dengan penuh kasih sayang, dia memeluk Badon dengan eratnya dan bertekad untuk bawa Badon ke rumah walaupun matanya tidak dapat melihat kerana luka.

    Cerpen ini banyak memberi pengajaran dan tauladan kepada kita dengan memaparkan kisah  tentang kasih sayang antara satu sama lain dalam sebuah keluarga iaitu kasih isteri terhadap suami, kasih ayah terhadap anak dan begitulah sebaliknya. Dalam sesebuah keluarga, kita haruslah menjaga hubungan yang baik dan berusaha untuk mengeratkan silaturrahim walaupun kadang- kadang mempunyai masalah sesama sendiri. Hal ini demikian kerana air yang dicincang tidak akan putus.


Albert Park ?



Albert Park

Albert Park,
tasikmu yang membiru
saat salju menggigit tubuhku
masihkah kau ingat
aku berlari di dadamu
sambil mengejar
sisa-sisa maghrib
untuk mencari waktu
menemui Tuhan yang satu


Ulasan :
Albert Park merupakan sebuah tasik di luar negara. Penyair mengimbau kembali kenangannya ketika di tasik tersebut. Tasik yang biru warna airnya ditambah pula sejuk yang dirasakan penyair ketika itu. Dia bermonolog bersendirian  ketika itu dia sedang berlari dengan laju kerana risau akan waktu maghrib yang kian sampai penghujung waktu dalam menunaikan tanggungjawabnya kepada Pencipta.


E-PUISI



 Buku Puisi Orang Bertujuh





     Album

Selalu benar aku menatap album kelabu itu bersamamu
dan mengasingkan sepercik debu yang melekat
di kulitnya. Tetapi pernahkah kau terfikir lain
di dalamnya dan sebuah kisah aneh
tentang kenangan ? Aku kemudian memetik kembali
kenangan itu seperti seorang gadis sunti memetik
Namun tanganku tiba-tiba
Tertusuk duri dan berpercikan darah.

Ulasan :


  Penyair menyatakan bahawa dia seringkali melihat album yang berwarna kelabu bersama seseorang. Kulit album yang penuh kotoran debu itu beliau bersihkan. Secara tidak langsung beliau terfikir sesuatu hal yang pada album tersebut. Beliau berasa isi dalam album tersebut mengambarkan cerita aneh berkaitan kenangan yang diabadikan dalam album tersebut. Penyair cuba memetik seperti dalam kenangan tersebut serupa seorang gadis yang masih dara. Secara tiba-tiba, tangan penyair terkena duri dan darah memancut keluar.

Wednesday, 6 December 2017

KRITIKAN SASTERA

Judul : Anak-anak yang bergelimpangan
Pengarang : Noorjaya




  Kegiatan sastera memberikan pelbagai fungsi kepada pembacanya. Fungsi yang boleh dilihat pada kritikan sastera adalah kritikan sastera sebagai penyumbang pengetahuan. Selain itu, kritikan sastera juga memberikan maklumat dan menerangkan isi sastera kepada pembaca.

  Berdasarkan cerpen ‘anak-anak yang bergelimpangan’ , terdapat beberapa kritikan sastera dapat dilihat. Kritikan yang pertama adalah tanggungjawab terhadap sumber semulajadi. Pada masa kini, sumber alam kita banyak dimusnahkan oleh manusia-manusia yang tidak berperikemanusiaan. Dalam cerpen ini, dapat dilihat bahawa penulis mengkritik masyarakat pada masa kini dengan menggunakan perbuatan Pak Kasa, Mat Dali dan Awang Cik Leh yang ingin meracun sungai untuk mematikan ikan. Jadi mereka dapat mengaut keuntungan yang lumayan. Berdasarkan daripada perisiwa itu, penulis mengkritik bahawa masyarakat kita tidak mementingkan alam semulajadi dan rela untuk memperlakukan apa sahaja demi wang. Situasi ini juga dapat dilihat pada masa kini apabila pembalak sanggup menebang kayu balak secara haram walaupun salah di sisi undang-undang.

  Kritikan sastera seterusnya yang dapat dilihat pada cerpen ini adalah setiap perbutan jahat di dunia pasti akan mendapat pembalasannya. Kita sebagai makhluk di muka bumi Allah ini haruslah beringat bahawa setiap perkara yang kita lakukan pasti akan ada pembalasannya sama ada baik mahupun tidak baik. Berdasarkan cerpen ini, penulis ingin memberikan krtitikan kepada masyarakat kini bahawa kita seharusnya beringat segala perbuatan kita. Hal ini kerana pelbagai permasalahan yang telah timbul akibat daripada perbuatan manusia. Sebagai contoh, perbuatan Pak Kasa, Mat Dali dan Awang Cik Leh yang menuba air sungai telah menyebabkan anaknya keracunan. Berdasarkan peristiwa tersebut, dapat dikritik bahawa setiap perbuatan jahat yang dilakukan pasti aka nada pembalasannya.


  Berdasarkan kritikan sastera di atas, dapat dilihat bahawa seseorang penulis itu pasti akan mengarang karya sastera berdasarkan situasi yang memberikan gambaran masyarakat sama ada sifatnya, perbuatannya dan banyak lagi. Kritikan sastera turut membolehkan pembaca untuk turut membincangkan aspek-aspek kritikan dalam sesebuah karya sastera.